Sarapan

Resipi Chia Seed Pelangi

7:42 PM

Sarapan pagi dengan chia seed dapat memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari. Chia seed akan mengembang dan menjadi gel di dalam perut. Selain daripada memberi rasa kenyang dan bertenaga, chia seed adalah 'super food'  kerana mengandungi 7x ganda kandungan vitamin C daripada oren, 8x ganda kandungan Omega 3 berbanding ikan salmon, 5x ganda kandungan kalsium berbanding susu, 3x ganda zat besi berbanding bayam,  2x ganda potasium berbanding pisang, 2x ganda antioksida berbanding beri biru. Chia seed juga mengandungi sumber protein, zat selenium dan zat magnesium. Chia seed dapat membantu membersihkan kolon dan menggurangkan lemak di bahagian perut jika ditambahkan dalam diet harian. Chia seed boleh djadikan sebagai bahan utama, bahan sampingan ataupun hanya sebagai hiasan.


Resipi Chia Seed Pelangi menggunakan chia seed sebagai bahan utama. Penyediaan yang ringkas, dan seperti menikmati dessert untuk sarapan dengan gabungan rasa lembut tapi ranggup, padat tapi rendah kalori, pelbagai rasa dan warna.





Resipi Chia Seed Pelangi



Ramuan 

4 sudu besar ARYZA chia seed
1.25 cawan susu segar @ sebarang jenis susu
Gula (optional)


Hiasan
(pilih ikut kesukaan anda)

Hirisan Epal
Hirisan Pisang
Hirisan Blueberry
Hirisan Peach
Hirisan Badan
Kismis
Daun mint


Penyediaan:  

1. Gaulkan sehingga rata ARYZA chia seed dan susu dalam sebuah mangkuk kecil
2. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 15-20 minit. Boleh juga simpan semalaman.
3. Anda boleh tambahkan susu dan gula dalam chia seed yang telah disejukkan.
4. Pindahkan campuran dalam dua cawan/mangkuk hidangan.
5. Hiasi atas chia seed dengan hirisan buah dan kekacang.
6. Nikmatilah sarapan anda!





Tempahlah ARYZA Chia Seed Sekarang!

SMS.whatsapp + 6019 642 8422 / +6011 3291 6703





Sumber;
http://www.framedrecipes.com/chia-seeds-breakfast-bowl/


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook